KOLEKSI ARTIKEL AKRAB

ABRAHAM HAROLD MASLOW

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih menyayangi bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan kadangkala membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik-adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow .

Maslow juga sering dihina oleh ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia. Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya. Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai nak bapa dan bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan.

Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937-1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di Universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel-artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya.

Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha ,dan beliau telah meninggal dunia akibat penyakit serangan jantung.

-----------------------------

Human life will never be understood unless its highest aspirations are taken into account. Growth, self-actualization, the striving toward health, the quest for identity and autonomy, the yearning for excellence (and other ways of phrasing the striving "upward") must by now be accepted beyond question as a widespread and perhaps universal human tendency.

And yet there are also other regressive, fearful, self-diminishing tendencies as well, and it is very easy to forget them in our intoxication with "personal growth," especially for inexperienced youngsters. .... We must appreciate that many people choose the worse rather than the better, that growth is often a painful process.... Abraham Maslow, Motivation and Personality.

No comments:

Post a Comment