KOLEKSI ARTIKEL AKRAB

KESIHATAN MENTAL

Kesihatan Mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi ini adalah kurang tepat.

Kesihatan mental adalah keadaan di mana seseorang itu berkeupayaan menggunakan emosi, fikiran dan tingkahlaku secara positif, boleh berfungsi dalam masyarakat dan mengendalikan tuntutan dan keperluan dari kehidupan sehariannya.

Cara untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik
1.Diri sendiri
-Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
-Berupaya mengawal perasaan.
-Sanggup menerima kegagalan.
-Mampu menghidari kegiatan yang tidak sihat.
-Menghargai diri sendiri.

2.Orang lain
-Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
-Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
-Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
-Dapat menerima pendapat orang lain.

3.Cabaran-Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
-Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
-Mampu membuat keputusan.
-Bersedia mendapatkan bantuan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

10 langkah kea rah kesihatan mental yang positif.

a.Merasa selesa dengan diri sendiri dan boleh menerima kemampuan diri secara realistik.
b.Bersedia berkongsi emosi dan kebimbingan bersama keluarga dan teman rapat bagi mendapatkan sokongan mereka.
c.Berfikiran positif dan boleh mengendalikan perasaan negatif secara konstruktif.
d.Rancang masa dengan bijak untuk aktiviti yang berfaedah dan yang dikehendaki.
e.Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain bagi mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti.
f.Bertolak-ansur dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan dan bersedia merubah perkara kebiasaan lama yang tidak bersesuaian dengan yang baru.
g.Mengaktifkan minda dengan kegemaran yang menyenangkan dan yang boleh menurunkan tahap stress seperti memasak, melukis, menari dan sebagainya.
h.Menjaga kesihatan fizikal dengan selalu melakukan senaman.
i.Berjumpa doktor secara tetap bagi mendapatkan pemeriksaan sebagai langkah pencegahan dan / atau mendapatkan rawatan awal jika diperlukan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

KEMURUNGAN

Merasa murung atau sedih apabila ada sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam kehidupan kita adalah wajar dan perkara biasa. Setiap individu, kadang kala akan merasa sedih, bosan, susah hati atau tidak berguna.

Akan tetapi apabila perasaan kemurungan ini berpanjangan sehingga menyebabkan cara hidup kita berubah dan menjejaskan aktiviti seharian kita, maka kemurungan kini menjadi satu penyakit yang memerlukan perhatian serius.

Tanda-tanda kemurungan
•Perasaan sedih dan rendah diri setiap masa.
•Hilang minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lazim dibuat sebelumnya.
•Hilang selera makan dan turun berat badan.
•Susah tidur dan kerap bangun pada awal pagi.
•Merasakan keseorangan, diri tidak berharga atau menyalahkan diri sendiri.
•Sukar memberi tumpuan dan fikiran terganggu.
•Menjauhkan diri dari masyarakat.
•Menggunakan alkohol atau dadah untuk meringankan perasaan sedih.
•Memikirkan soal mati dan bunuh diri ataupun niat untuk berbuat demikian.

Apakah penyebab kemurungan?

Biasanya ia melibatkan kombinasi beberapa faktor:

•KECENDERUNGAN GENETIK – penyakit ini boleh diwarisi.
•Pesakit yang menghidapi penyakit fizikal seperti kanser, penyakit jantung dan srok akan mudah merasa sedih, rendah diri, putus asa dan putus harapan.
•Keadaan persekitaran yang memberikan tekanan mental yang kuat seperti masalah kewangan, konflik dalam perhubungan ataupun berlakunya kejadian yang menyedihkan seperti kematian orang yang dikasihi.

Rawatan kemurungan

•Mereka yang murung boleh mendapat manfaat dari kaunseling.
•Ubat-ubatan juga boleh membantu dan ini termasuklah ubatan ‘antidepressant’.
•Kesan rawatan ini tidak akan dapat dilihat dengan serta merta. Individu yang murung harus dinasihatkan supaya jangan memberhentikan rawatan mereka tanpa arahan dari Pakar yang merawat mereka; ini adalah kerana ubat-ubatan mengambil masa 2 minggu sebelum kesannya dapat dilihat.
•Bagi kemurungan yang serius, rawatan terapi electroconvulsive (ECT) adalah berkesan.


Membantu orang yang murung:
1.Bawa berjumpa doktor.
2.Berikan sokongan dan galakan.
3.Berikan nasihat yang membina.
4.Bantu menentukan matlamat hidup yang realistik.
5.Jangan menyalahkan kerana keadaannya.
6.Jangan biarkan minum alkohol atau mengambil ubat-ubat terkawal bagi mengurangkan kedukaannya.
7.Jika ia bercakap soal mati, jangan ketepikan atau memandangnya remeh dan bawa ia berjumpa doktor secepat mungkin.

PENYAKIT MENTAL

Penyakit Mental adalah gangguan yang melibatkan perubahan pada pemikiran, emosi dan tingkah laku seseorang individu.

Gangguan ini menyebabkan pesakit tidak dapat berfungsi secara normal dan rutin kehidupan seharian yang dijalaninya akan terjejas.

Antara jenis-jenis penyakit mental :

•Skizofrenia
•Kemurungan
•Keresahan
•Gangguan Otak Organik
•Fobia
•Demensia

Tanda-tanda penyakit mental:

1.Menyepi, mengasingkan diri, murung dan bersedih.
2.Berprasangka tanpa sebab dan sentiasa ketakutan.
3.Kerisauan yang berlebihan.
4.Penampilan yang tidak terurus.
5.Produktiviti kerja menurun.
6.Tidak berupaya membuat keputusan.
7.Hilang tumpuan pada diri sendiri, keluarga dan pekerjaan.
8.Hilang kawalan dan pertimbangan diri.
9.Kerap mengalami masalah fizikal seperti sakit kepada, keletihan yangberlebihan, gelisah dan imsonia.
10.Berhalusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang tidak dilihat atau didengar orang lain).

Kesan Penyakit Mental ke atas keluarga dan masyarakat.

Ia bolehmencetuskan pelbagai masalah emosi, social dan kewangan kepada keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

Antara pelbagai perasaan yang biasa dialami oleh ahli keluarga/masyarakat:

1.Tidak dapat menerima kenyataan.
2.Pesakit dianggap beban.
3.Salah faham atas perubahan pesakit.
4.Perasaan malu.
5.Takut.
6.Marah.
7.Rasa bersalah.
8.Rasa terasing.
9.Mengabaikan pesakit.
10.Rasa tertekan.
11.Putus asa.

Apakah yang perlu anda ketahui mengenai Penyakit Mental

•Ia boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa memilih usia, jantina, bangsa atau status sosial.
•Ia adalah sejenis penyakit sama seperti penyakit asma atau kencing manis.
•Apabila rawatan awal yang berpatutan diberikan, kebanyakan pesakit mental boleh sembuh.
•Mereka yang menghadapi gangguan mental jarang sekali boleh membahayakan. Salah faham inilah satu puncamereka disisihkan oleh masyarakat.
•Kebanyakan pesakit mental hanya akan dimasukkan ke hospital semasa keadaan mereka tidak stabil dan setelah sembuh mereka akan dikembalikan kepangkuan keluarga dan masyarakat.

Apakah tanggungjawab anda dalam membantu seseorang yang pernah mengalami Penyakit Mental.

•Dapat menerima seadanya dan tidak menyisihkana mereka.
•Bersikap terbuka, mahu memahami, ambil peduli dan menyayangi mereka.
•Sentiasa memberikan mereka dorongan, sokongan dan galakan positif.
•Membantu mereka mendapatkan bantuan professional jika diperlukan.
•Mempelajari tentang penyakit mental.
•Membantu pesakit mental agar dapat menjalani hidup dengan lebih bermakna.
•Jangan biarkan orang lain mempersendakan mereka dengan panggilan yang tidak wajar.