Kesihatan Mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi ini adalah kurang tepat.
Kesihatan mental adalah keadaan di mana seseorang itu berkeupayaan menggunakan emosi, fikiran dan tingkahlaku secara positif, boleh berfungsi dalam masyarakat dan mengendalikan tuntutan dan keperluan dari kehidupan sehariannya.
Cara untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik
1.Diri sendiri
-Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
-Berupaya mengawal perasaan.
-Sanggup menerima kegagalan.
-Mampu menghidari kegiatan yang tidak sihat.
-Menghargai diri sendiri.
2.Orang lain
-Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
-Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
-Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
-Dapat menerima pendapat orang lain.
3.Cabaran-Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
-Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
-Mampu membuat keputusan.
-Bersedia mendapatkan bantuan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
10 langkah kea rah kesihatan mental yang positif.
a.Merasa selesa dengan diri sendiri dan boleh menerima kemampuan diri secara realistik.
b.Bersedia berkongsi emosi dan kebimbingan bersama keluarga dan teman rapat bagi mendapatkan sokongan mereka.
c.Berfikiran positif dan boleh mengendalikan perasaan negatif secara konstruktif.
d.Rancang masa dengan bijak untuk aktiviti yang berfaedah dan yang dikehendaki.
e.Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain bagi mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti.
f.Bertolak-ansur dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan dan bersedia merubah perkara kebiasaan lama yang tidak bersesuaian dengan yang baru.
g.Mengaktifkan minda dengan kegemaran yang menyenangkan dan yang boleh menurunkan tahap stress seperti memasak, melukis, menari dan sebagainya.
h.Menjaga kesihatan fizikal dengan selalu melakukan senaman.
i.Berjumpa doktor secara tetap bagi mendapatkan pemeriksaan sebagai langkah pencegahan dan / atau mendapatkan rawatan awal jika diperlukan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment